Cuti Hospitaliti penyakit Kronik
- Details
- Last Updated on Monday, 02 December 2013 02:21
- Published on Monday, 12 November 2012 08:36
Cuti hospitaliti bagi sakit kronik seperti tibi, kusta, barah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan mengikut peraturan serat prosedur yang telah diluluskan seperti berikut :-
- Penyakit kronik ini perlu disahkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dan pesakit perlu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan atau swasta secara berterusan.
- PZM boleh meluluskan cuti untuk penyakit kronik iaitu barah dan kusta selama 24 bulan melainkan penyakit tibi selama 12 bulan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
- PZM boleh meluluskan cuti separuh gaji untuk tempoh 12 bulan di atas budi bicara selepas tamat cuti di bawah dengan perakuan Lembaga Perubatan dan Kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.