Gantian Cuti Rehat (GCR)

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 1/2010 yang bersidang pada 29 Mac 2010 telah meluluskan pemberian wang tunai gantian cuti rehat (CGR) kepada warga kerja mengikut syarat-syarat berikut:

  • GCR mestilah tidal melebihi 150 hari
  • GCR hanya layak kepada warga kerja yang bertaraf tetap sahaja
  • GCR hanya akan dibayar setelah warga kerja berhenti dalam perkhidmatan atau telah mencapai umur 55 tahun
  • pengiraan GCR adalah berdasarkan kepada formula berikut : 1/30 gaji akhir yang diterima x jumlah cuti rehat terkumpul (tertakluk kepada had maksima 150 hari)

Rujukan

  • PZM 100 - 1/2 jld 2 (15) 5 april 2010
  • pekeliling perkidmatan bil 17 tahun 2008