Elaun Perjalanan

  • Print

Pendaftaran Kenderaan Bagi Tuntutan Elaun Perjalanan


Adalah dimaklumkan bahawa piahak pentadbiran sedang mengemaskini pendaftaran kenderaan bagi tujuan tuntutan elaun perjalanan anggota perkhidmatan Pusat Zakat Melaka.

Syarat-syarat bagi pendaftaran kenderaan adalah seperti berikut :

i. kenderaan yang digunakan mestilah atas nama sendiri dan jika pemilik kenderaan bukan atas nama kakitangan maka surat kebenaran menggunakan kenderaan tersebut perlu dikemukakan kepada pihak pengurusan.

ii. Kenderaan yang digunakan hendaklah didaftarkan di dalam Borang Pengisytiharaan Pendaftaran Kenderaan.

iii. setiap tugas yang dilakukan haruslah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan memohon supaya semua anggota perkhidmatan mendapat mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tuntutan tidak akan diproses sekiranya tuan tidak mematuhi peraturan ini. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pengisytiharaan Pendaftaran Kenderaan untuk tindakan tuan selanjutnya.