Elaun Lebih Masa

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 4/2008 yang bersidang pada 22 September 2008 telah bersetuju untuk mengguna pakai Suarat Pekeliling Perkhidmatan Bil 9/1991 berkuatkuasa mulai Oktober 2008.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan format baru Borang Elaun Kerja Lebih Masa tersebut untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Syarat-syarat tuntutan elaun lebih masa mengikut peraturan kerajaan berkuatkuasa mulai Oktober 2008:

  1. Dibayar kepada semua anggota kumpulan sokongan yang di arah oleh Ketua Jabatan untuk bekerja di luar masa kerja bagi melaksanakan kerja berikut:
  • kerja kecemasan
  • kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh
  • kerja yang perlu diselesaikan jangka masa terhad
  • kerja yang melebihi bidang tugas biasa pegawai

    2.  Tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok.

RUJUKAN

  • PZM 100-1/2 (58) 1 Februari 2011
  • PZM 100-1/2 (42) 25 September 2008
  • Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 4/2008 27 Januari 2006
  • Surat Pekeliling Penbendaharaan bil 9/1991 Peraturan Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Perbatuaan