Insuran Dana Pekerja

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 3/2007 yang bersidang pada 13 Ogos 2007 telah membuat pindaan kepada dasar berkaitan dengan Takaful Dana Pekerja sepertimana butiran berikut :-

i. Jika sekiranya pekerja berhenti sebelum 55 tahun maka pembayaran ganjaran adalah berdasarkan kepada klausa 13 Kontrak Perkhidmatan.

ii. Jika berlaku kematian, kematian akibat kemalangan, dan kemalangan (keilatan kekal) maka segala pampasan dan juga tabungan yang diterima di bawah pelan takaful ini akan dibuat pembahagian pada nisbah 80/20 atau bayaran di bawah klausa 13 yang mana lebih tinggi.

iii. Sekiranya pekerja bersara pada umur 55 tahun maka ganjaran yang diterima di bawah pelan takaful ini akan dibahagikan kepada nisbah 80/20.

Sehubungan dengan itu surat bilangan PZM/PT/81 (34) bertarikh 6 April 2007 adalah terbatal.

BUTIRAN

Pemberian Insuran Dana Pekerja kepada setiap warga kerja (Pekerja Tetap)

Klausa 13 Kontrak Perkhidmatan

RUJUKAN

  • PZM/PT/24 (34) 6 April 2007
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 1/2007 26 Februari 2007
  • PZM/PT/24 (45) 21 Ogos 2007
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 3/2007 13 Ogos 2007