Peraturan bagi Pelawat PZM

  • Print

PERATURAN BAGI PELAWAT PUSAT ZAKAT MELAKA

Adalah dimaklumkan pihak pengurusan mendapati bahawa terdapat pelawat yang berurusan dengan Pusat Zakat Melaka (PZM) tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk memastikan setiap pelawat yang hadir ke premis PZM dapat mematuhi peraturan berikut :-

  • Mengisi buku pelawat  untuk mendapatkan kebenaran penggunaan 'Card Access'
  • Memastikan setiap pelawat memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  • Memastikan 'Card Access' dikembalikan setelah selesai urusan.
  • Memastikan semua urusan diselesaikan di kaunter kecuali bagi urusan di atas kebenaran  Pengurus Besar dan pegawai yang berkaitan.

Tuan diminta untuk memastikan peraturan di atas dipraktikkan bagi memastikan keselamatan pejabat dan menjaga imej PZM sebagai sebuah agensi agama.

Rujukan

  • PZM 100 - 1/2 Jld ( ) 24 oktober 2013