Peraturan Keluar masuk Pejabat Dan Minum Pagi

Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam.

Adalah dimaklumkan bahawa setiap anggota perkhidmatan dikehendaki untuk mematuhi peraturan keluar masuk pejabat samada bagi menjalankan urusan pejabat dan juga peribadi dengan mengisi Buku Rekod Keluar Masuk Pejabat yang disediakan dengan lengkap mengikut format yang telah ditetapkan.

Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan tuan :-

a) Format Rekod Keluar Masuk

b) Tujuan dan Garis Panduan Buku Rekod Keluar Masuk

c) Arahan Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam.

 

Rujukan

  • JPA (S) TT.233/2 Jld.2 (1)  27 Januari 2010
  • PZM. 100 - 1/2 (79)            4 Jun 2010