Pengurusan Jenazah

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Zakat Melaka telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1004 dengan beberapa pindaan. pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan berhubung bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi anggota perkhidmatan PUsat Zakat Melaka.

Sehubungan dengan itu, pekeliling ini juga adalah bagi menetapkan tatacara bagi pembayaran bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan kepada waris. Bersama-sama ini dilampirkan pekeliling tersbut untuk perhatian dan rjukan tuan.

Tatacara  ini bagi pembayarab bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi yang meninggal semasa dalam perkhidmatan iaitu ;

  1. Bayaran bantuan mengurus jenazah sebanyak RM 3,000.00
  2. Bayaran pengakutan jenazah mengikut kadar perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit.

Rujukan

  • PZM 100 - 1/2 Jld 2 ()    15 Julai 2011
  • pekeliling Perbendaharaan Perkhidmatan bil 3/ 2010
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 4 / 2011