Elaun Pelajar Pratikal / Latihan Amali Industri

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui surat edaran JPA(L)S 175/4/4-2 bertarikh 24 Ogos 2011 telah mengarahkan perlaksanaan penbayaran kadar elaun yang baru bagi semua pelajar institusi pengajian tinggi yang menjalankan latihan industri di jabatan/ agensi kerajaan.

Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 19 Oktober 2011 telah bersetuju untuk meluluskan kadar elaun yang baru kapada pelajar institusi pengajian tinggi yang menjalankan latihan praktikal di bawah jabatan/agensi di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. Kadar elaun yang diluluskan adalah seperti berikut :-

BUTIRAN

  • Bayaran elaun kepada pelajar pratikal/latihsn amali industri di pentadbiran Kerajaan Negeri sebanyak RM 10.00 sehari
  • Bayaran elaun baru kepada pelajar pratikal/latihan amali industri seperti berikut:

Tempoh (bulan)             Kadar Elaun (RM)                   Tarikh Kuatkuasa

1-3                                 15.00 sehari                           1 Julai 2011

4-6                                 10.00 sehari                           1 Julai 2011

RUJUKAN

  • JKMM 176/22 Jld 14 (47) 4 Jun 2009
  • JKMM 176/22 Jld 25 (16) 18 November 2011