anak

hasil

INFO

WELCOME TO THE CLUB

 

IBNU MAJAH

PANGGILAN PESERTA LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET BIL 1/2012

 

Rujukan Tuan :

 

Rujukan Kami : K-EKO/14-18/(   )

 

Tarikh               : 27hb Julai 2012

 

SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRAN A

 

YBhg Datuk / Tuan / Puan,

 

PANGGILAN PESERTA LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET BIL 1/2012

 

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan.

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian K-Ekonomi,Jabatan Ketua Menteri Melaka akan melaksanakan Latihan Asas Komputer & Internet. Latihan berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh                   : 31hb Julai 2012

 

Masa                     : 9.00 Pagi-4.30 Petang

 

Tempat                                : Tingkat 4, Makmal ICT Perdana, Inkubator K-Ekonomi

 

3.            Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama dari pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan untuk memberi pelepasan kehadiran peserta seperti DILAMPIRAN B.

 

4.            Untuk makluman pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan,pihak kami akan menyediakan sijil penyertaan sebagai tanda kehadiran. Peserta kursus juga adalah dituntut mematuhi sepenuhnya etika berpakaian pejabat sepanjang latihan tersebut berlangsung.

 

5.            Sebarang pertanyaan pihak Tuan / Puan boleh berhubung dengan En. Mohairi atau En. Mubarak ditalian 06-3333333 atau melaui email dialamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

 

Sekian,terima kasih.

 

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Yang benar,

 

 

 

(DR. MOHAMED SULAIMAN SULTAN SUHAIBUDDEEN)

 

Pengarah

 

Bahagian K-Ekonomi

 

Jabatan Ketua Menteri Melaka