PANGGILAN PESERTA LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET BIL 1/2012
- Details
- Category: Info
- Published on Friday, 19 April 2013 10:59
- Written by ZANARIAH BINTI ABD KADIR
- Hits: 45
Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : K-EKO/14-18/( )
Tarikh : 27hb Julai 2012
SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRAN A
YBhg Datuk / Tuan / Puan,
PANGGILAN PESERTA LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET BIL 1/2012
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian K-Ekonomi,Jabatan Ketua Menteri Melaka akan melaksanakan Latihan Asas Komputer & Internet. Latihan berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31hb Julai 2012
Masa : 9.00 Pagi-4.30 Petang
Tempat : Tingkat 4, Makmal ICT Perdana, Inkubator K-Ekonomi
3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama dari pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan untuk memberi pelepasan kehadiran peserta seperti DILAMPIRAN B.
4. Untuk makluman pihak YBhg Datuk / Tuan / Puan,pihak kami akan menyediakan sijil penyertaan sebagai tanda kehadiran. Peserta kursus juga adalah dituntut mematuhi sepenuhnya etika berpakaian pejabat sepanjang latihan tersebut berlangsung.
5. Sebarang pertanyaan pihak Tuan / Puan boleh berhubung dengan En. Mohairi atau En. Mubarak ditalian 06-3333333 atau melaui email dialamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Sekian,terima kasih.
“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
(DR. MOHAMED SULAIMAN SULTAN SUHAIBUDDEEN)
Pengarah
Bahagian K-Ekonomi
Jabatan Ketua Menteri Melaka