PUSAT ZAKAT MELAKA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PAKIR KEPADA PEMBAYAR ZAKAT
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2010
 
 
 
 
25 Mei, 2010

Pusat Zakat Melaka (PZM) adalah sebuah badan yang dilantik dalam mengelolakan kutipan zakat di Negeri Melaka. Selaras dengan itu, PZM begitu prihatin dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada pembayar zakat. Antaranya adalah kemudahan pakir kereta.

Kemudahan ini adalah penting dalam memberikan keselesaan kepada pembayar zakat semasa melunaskan tanggungjawab mereka tanpa memikirkan persoalan dimana atau bagaimana hendak meletak kenderaaan mereka. Kemudahan ini bukan sahaja di ibu pejabat tetapi terdapat juga di cawangan- cawangan PZM yang berdekatan dengan lokasi pembayar zakat.

Sehingga 18 Jun, 2010, PZM telah berjaya mengutip sejumlah RM 12,582,479.66 berbanding RM 11,189,263.94 tahun 2009 iaitu pertambahan sejumlah RM 1,393,215.72 ( 12.45 %). Manakala bilangan pembayar pula berjumlah 17,708 orang berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 16,227 orang iaitu pertambahan sejumlah 1,481 orang (9.13 %).

Faktor peningkatan kutipan ini membuktikan bahawa PZM telah mengambil inisiatif tepat dalam menggerakkan masyarakat Islam menunaikan ibadah zakat dengan disokong oleh faktor dan methodologi kemudahan pembayaran zakat seperti Bank- bank Perdagangan, Akauntan Percukaian/ Profesional, Pos Malaysia Bhd dan Pegawai Syarak Imam I.

Sejajar dengan itu, pengagihan bantuan zakat kepada penerima yang berhak menerimanya akan dapat dipertingkatkan melalui bentuk kemahiran dan kursus keusahawanan. Seterusnya akan dapat membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan dan kefakiran di suatu hari nanti.


Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka