Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
Zakat merupakan rukun Islam yang
ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W.
Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya
juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak
pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan
kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang
telah ditetapkan oleh syarak.
Maksudnya:-
“Ambilah sedekah (zakat) dari sebahagian
harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan
mereka (daripada perasaan sombong dan doalah untuk mereka sesungguhnya
doa pada hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha
Mendengar Lagi Mengetahui ”
(Surah At-Taubah: Ayat 103)
Maksudnya:-
“Dan di dalam harta benda mereka
ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya
”
(Surah Dzariyaat: Ayat 19)
Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walaubagaimanapun
tidak timbul masalah hamba
abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu
syarat wajib.
Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal
sempurnanya oleh masa kini
tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak
sesuatu harta dikeluarkan
zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai
emas bersamaan dengan 85 gram
iaitu bergantung kepada harga emas semasa.
Genap setahun harta itu disimpan iaitu 354 hari tahun Hijrah dan 365 hari
bagi tahun Masehi.