PENGENALAN
Pusat Zakat Melaka ditubuhkan dalam tahun 1996, sebelum itu segala pengurusan zakat adalah dikendalikan dan diuruskan oleh Kaunter Zakat Berkomputer. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) telah diamanahkan untuk menjalankan pengurusan zakat secara profesional bagi memungut dan mengagihkan zakat secara efektif dan bersistematik serta berkesan sesuai dengan objektif untuk menjadikan zakat sebagai satu pemangkin perekonomian dunia Islam di Negeri Melaka. Sebelum penubuhan PZM, segala urusan berkaitan dengan zakat di uruskan oleh Lembaga Wakaf, Zakat dan Baitulmal (MAIM), yang mana skop kerjanya adalah lebih tertumpu kepada mengurus dan mengagih berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1959. Enakmen ini diwujudkan  untuk  mengganti  kaedah  tradisional yang  mana  guru  agama  diamanahkan 
untuk  mengutip dan mengagih zakat. Di awal tahun 1993, sistem zakat diperkemaskan lagi di mana Kaunter Zakat Berkomputer (KZB) diperkenalkan dengan skop tugas masih lagi dikekalkan. Ekoran ledakan teknologi maklumat di waktu itu, maka KZB mengambil langkah mewujukan lima cawangan iaitu di Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Melaka Tengah dan di Bangunan Graha Maju supaya kemudahan membayar kepada pembayar - pembayar zakat dipertingkatkan hasil daripada kewujudan pengkalan data pembayar - pembayar zakat. Nama KZB hanya bertahan selama tiga tahun dan di tukarkan nama kepada

              Pusat Zakat Melaka bagi menunjukan kesungguhan pihak MAIM dalam meningkatkan lagi sistem pengurusan zakat secara profesional agar dapat mempertingkatkan lagi kutipan zakat dan mengagihkan kepada golongan/asnaf yang berhak menerima zakat dari masa ke semasa lebih bersistematik. Sejarah PZM terukir sekali lagi pada 1 April 2001, apabila di korporatkan dan skop tugas di pecahkan, dimana PZM di amanahkan kepada kutipan sahaja manakala skop agihan zakat masih lagi diletakan dibawah pengawasan Baitulmal MAIM. Dengan kekuatan empat cawangan iaitu di Alor Gajah, Merlimau, Jasin dan Masjid Tanah PZM mengorak langkah sebagai satu badan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan sistem kutipan zakat yang telah diselenggarakan adalah lebih cekap dan teratur, serta setiap individu muslim juga diberikan pendedahan dan pengetahuan dan kesedaran terhadap tuntutan menunaikan fardhu zakat yang merupakan kewajipan mutlak setiap muslim yang berkemampuan dan memenuhi syaratnya.



 
 
VISI
Menjadi organisasi pemungut zakat yang unggul, profesional dan berdaya maju.

 
MISI
  • Melaksanakan pungutan zakat secara profesional, efisyen dan sistemetik berlandaskan hukum syarak.

  • Mendorong, menggalak dan meningkatkan kesedaran serta keinsafan umat Islam untuk melunaskan zakat melalui  penyebaran info zakat, dalam melahirkan masyarakat yang prihatin sesama insan.

  • Memantapkan jaringan rangkaian profesional dengan agen / amil yang dilantik dalam pengurusan zakat.
   
  • Melahirkan tenaga pengurusan yang cekap, berkesan dan proaktif dalam memantapkan pentadbiran yang berkualiti.

  • Sentiasa responsif dan mengadaptasikan perkembangan ICT ke arah perkhidmatan berkualiti.

  • Menitikberatkan konsep “Pengurusan Telus” dalam menanamkan keyakinan masyarakat Islam terhadap pengurusan Pusat Zakat di Melaka.

OBJEKTIF
  • Mendorong dan menggalakkan kewajipan berzakat.

  • Melahirkan masyarakat yang prihatin.

  • Menyediakan kemudahan dan keselesaan pembayar zakat

  • Menguruskan kutipan zakat selaras dengan sasaran yang ditetapkan

  • Mengadakan promosi zakat dan kempen kesedaran berzakat dalam menyebarkan info zakat

  • Melahirkan keyakinan masyarakat terhadap pzm

 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã