KURSUS AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001 : 2008
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
29 Mei, 2010

Hotel Kualiti , Kuala Lumpur - Pusat Zakat Melaka telah mengadakan satu kursus mengenai Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2008 pada 28 – 29 Mei 2010 bertempat di Hotel Qualiti Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato Haji Nawi bin Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka yang melibatkan kesemua kakitangan PZM termasuk kakitangan perlantikan yang baru.

Hj Ismail Hasim yang juga selaku Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka berkata “ Penglibatan kesemua kakitangan untuk kursus kali ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai pengauditan ISO supaya mereka lebih jelas dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Ini kerana setiap tugasan mereka melibatkan prosedur – prosedur sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi “.

Tambah beliau lagi , Pusat Zakat Melaka juga dalam persediaan untuk menghadapi Audit Luaran daripada SIRIM bagi pensijilan semula MS ISO 9001 : 2008 dan juga ISO Islamic yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2010.

Kursus tersebut telah disampaikan dengan jayanya oleh wakil dari Pusat Pengurusan Kualiti & Perusahaan, SIRIM Berhad, En Mohd Yusof Arbain .



Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka