PEMBUKAAN KAUNTER IBU PEJABAT PUSAT ZAKAT MELAKA SEMPENA BULAN RAMADAN 1431 H/ 2010 M
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
23 Ogos, 2010

Pusat Zakat Melaka (PZM) telah melanjutkan masa membuka kaunter Ibu Pejabat pada setiap hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dalam memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam melaksanakan tuntutan membayar Zakat Fitrah dan juga Zakat Harta. Pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum pula, PZM beroperasi dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Di samping itu, Kaunter Khidmat Pelanggan PZM di pasaraya- pasaraya terkemuka juga dibuka pada setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

PZM juga ingin mengingatkan semua umat Islam supaya mengambil kesempatan yang disediakan untuk membayar Zakat Fitrah dan Harta kepada Pusat Zakat Melaka atau Amil-amil yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Melaka dalam memastikan kesempurnaan berzakat di bulan Ramadan ini.

Manakala bagi Zakat Emas pula, perhiasan emas yang dipakai, dikenakan zakatnya setelah timbangan emas tersebut melebihi kadar uruf berjumlah 200 gram sebagaimana yang telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh SS. Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Md. Saleh; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Kadar uruf bermaksud kadar pemakaian emas setempat bagi sesuatu masa.

 


Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka