PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA YAB. KETUA MENTERI MELAKA
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
September 22, 2010

Pusat Zakat Melaka (PZM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Korporat bersama YAB. Ketua Menteri Melaka yang disertai sebanyak 4 agensi korporat bertempat di Pejabat Ketua Menteri Melaka pada 22 September, 2010; jam 9.00 pagi.

Jumlah keseluruhan Zakat Perniagaan pada kali ini adalah sebanyak RM 304,709.00. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB. Ketua menteri Melaka selaku Pengerusi PZM.

Harapan Pengerusi PZM kepada agensi korporat yang lain yang telah sampai haulnya agar turut tampil ke hadapan melunaskan kewajipan Zakat Perniagaan mereka kepada Kerajaan Negeri bagi menjamin kesempurnaan ibadah zakat mereka.

.

 


Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka