EKSPO MAULIDUR RASUL 2009
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
9 Mac 2009

AL AZIM, BUKIT PALAH – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) mengadakan Program Penyerahan Zakat Korporat sempena Ekspo Perdagangan Islam & Bulan Dakwah/ Kempen Berzakat peringkat Negeri Melaka 1430 H/ 2009 H bermula pada 6 Mac hingga 9 Mac 2009 bertempat di tapak ekspo, Kompleks Al Azim, Bukit Palah, Melaka disempurnakan oleh TYT. Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob; Yang DiPertua Negeri Melaka dengan disaksikan bersama oleh YAB. Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Sejumlah tiga agensi menyertai majlis penyerahan zakat pada kali ini, iaitu Lembaga Tabung Haji yang berjumlah RM 1,045,869.14 yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh bin Abdul Mubin; Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Syarikat Air Melaka Berhad yang berjumlah RM 907,795.22 yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Khalid bin Haji Nasir; Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Bank Simpanan Nasional Bhd yang berjumlah RM 100,000.00 disampaikan oleh YBhg. En. Hassan bin Mohd; Timbalan Pengurus Besar III BSN. Jumlah keseluruhan kutipan zakat korporat ialah RM 2,053,664.36

Ekspo Perdagangan Islam pada kali ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk kunjungan orang ramai seperti Forum Perdana, Kempen Derma Darah, Extreme Game, Persembahan Malam Kesenian Islam, Majlis Malam Hafla Maulud Diba’i dan lain –lain lagi. Sebanyak 56 penyertaan gerai pameran, perkhidmatan dan produk- produk daripada agensi kerajaan negeri,  perbankan, insuran dan syarikat perseorangan menyertainya.

YAB Ketua Menteri Melaka selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi yang menunaikan kewajipan berzakat di negeri ini serta memberikan penghargaan kepada Sekretariat Ekspo Perdagangan Islam di atas penganjuran ekspo seumpama ini dan menyeru kepada agensi- agensi korporat lain agar turut tampil melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Pusat Zakat Melaka bagi membolehkan wang zakat tersebut disalurkan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya.


YAB. Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka


Dikeluarkan Oleh:                
                       
Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka