KURSUS MOTIVASI & HARI KELUARGA 2009
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
26 Januari 2009
Pusat Zakat Melaka (PZM) sekali
lagi telah mengadakan kursus motivasi dan Hari Keluarga 2008 kepada anggota
perkhidmatannya pada 24 hingga 26 Januari 2009 bertempat di Gem Beach
Resort, Batu Rakit, Terengganu. Turut hadir sama dalam kursus tersebut
ialah YBhg. Datuk Haji Nawi bin Ahmad, Timbalan Pengerusi PZM, dan Tn.
Hj. Ismail bin Hj. Hasim; Pengurus Besar PZM. Kursus motivasi tersebut
telah dikendalikan oleh pakar perunding dari FIFWAY System Sdn. Bhd iaitu
Tn Hj. Ismail bin Saad yang juga merupakan mantan Pengurus Besar Pusat
Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan
Ketua Unit Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Terengganu (MAIDAM). Kursus
motivasi tersebut adalah tertumpu kepada kaedah dan strategi untuk meningkatkan
kutipan zakat pada tahun ini, selaras dengan kehendak Islam dan keredaan
dari Allah. Pengembelingan modal insan beserta dengan kerja secara berpasukan
dalam mencapai keredaan Allah.
Manakala Hari Keluarga pula diadakan
pada sebelah siangnya dengan pengisian pelbagai aktiviti kekeluargaan
yang telah diatur bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama anggota
PZM. Melalui aktiviti yang diadakan, peserta akan cuba saling bantu membantu
dalam pasukan masing- masing untuk mencapai matlamat kemenangan pada akhir
sesuatu pertandingan.
Pada malamnya pula, Majlis Makan
Malam serta Anugerah Khidmat Cemerlang 2008 diadakan yang mana ianya merupakan
acara kemuncak Hari Keluarga pada setiap tahun. Majlis tersebut telah
dirasmikan oleh YBhg. Timbalan Pengerusi PZM yang mewakili YAB. Ketua
Menteri Melaka merangkap Pengerusi PZM. Ianya adalah merupakan tanda penghargaan
pihak pengurusan PZM kepada anggotanya yang telah memberikan sumbangan
tenaga dan komitmen mereka sepanjang tahun 2008.
Tuan Hj Ismail bin Hj Hasim
Pengurus Besar
Diterbitkan Oleh,
Bahagian Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka