KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DI PETRONAS
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
31 Mac 2009
Zakat Melaka (PZM) telah mengadakan
pameran dan kaunter di Petronas Penapisan Melaka pada 31 Mac 2009. Pameran
ini diadakan atas jemputan khas daripada pihak Petronas dalam memeriahkan
Hari Terbuka anjuran Pengurusan Sumber Manusia, Petronas Melaka. Pengurus
Bahagian Korporat dan Pemasaran menyatakan baahwa sambutan yang diberikan
amat menggalakan daripada warga Petronas ke kaunter PZM pada hari tersebut,
samada yang ingin menyertai skim potongan gaji atau bertanya kemusykilan
berkaitan zakat.
PZM merakamkan ucapan terima kasih
kepada pihak pengurusan Petronas yang menunjukkan komitmen dan memberikan
kerjasama dalam menegakkan syiar Islam untuk berzakat. Diharapkan penonjolan
yang baik daripada Petronas ini akan menjadi titik tolak kepada agensi
lain untuk sama- sama memberikan kerjasama dalam menegakkan syiar Islam.
Disediakan oleh:
Bahagian Perhubungan Korporat
& Pemasaran
Pusat Zakat Melaka