KURSUS ZAKAT DI POLITEKNIK KOTA MELAKA
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
1 April 2009     
     
Pusat Zakat Melaka (PZM) telah mengadakan kerjasama mengadakan Kursus Zakat dengan Politeknik Kota, Melaka pada 1 April, 2009 di Dewan Serbaguna, Politeknik Kota Melaka. Kursus ini diadakan sehari iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang dengan pengisian 3 slot iaitu Pengenalan Kepada Zakat Dan Kepentingannya Kepada Masyarakat, Simulasi Pengiraaan Zakat dan Kaedah Pembayarannya serta Isu- isu semasa dan masalah yang timbul dalam pengurusan zakat.

Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Besar dan Penolong Akauntan PZM. Peserta kursus terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Melaka. Sambutan diberikan amat memuaskan di mana banyak persoalan zakat telah dikemukakan semasa taklimat dan program simulasi zakat berkenaan.

Apa diharapkan ialah agar usaha murni Politeknik Kota Melaka ini akan menjadi ikutan kepada institutsi pengajian tinggi yang lain. Semoga dengan adanya usaha semurni ini akan menambahkan lagi kesedaran masyarakat masa kini terutamanya kepada generasi muda.






Disediakan oleh

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka