Masyarakat
hari ini kurang terdedah dengan apa yang dikatakan dengan zakat. Pembayaran
atau pengeluaran zakat lebih dititikberatkan apabila tibanya bulan yang
mulia iaitu Ramadhan dan sebelum Syawal menjelang. Zakat fitrah yang dikutip
oleh amil-amil di seluruh Malaysia menjadi satu lumrah yang ditunaikan
oleh sebahagian besar umat Islam.
Namun begitu, masyarakat kurang
terdedah tentang pembayaran zakat selain daripada zakat fitrah iaitu zakat
harta seperti zakat pendapatan, zakat saham, zakat emas dan perak, zakat
wang simpanan, zakat pertanian zakat KWSP, zakat perniagaan dan zakat
ternakan.
Kutipan zakat-zakat harta ini dilakukan
mengikut kiraan-kiraan yang telah ditetapkan. Tuntutan ke atas zakat harta
seharusnya dititikberatkan kerana zakat harta merupakan tuntutan ke atas
sebahagian harta yang perlu dikeluarkan untuk diagihkan kepada yang lebih
berhak.
Budaya berzakat wajar disebatikan
dalam jiwa setiap insan muslim agar dana zakat dapat disalurkan kepada
asnaf-asnaf yang ditetapkan di bawah hukum syarak dan seterusnya dapat
membentuk penerima zakat yang akhirnya menjadi penyumbang zakat. Justeru
itu, satu anjakan paradigma perlu dicetuskan dalam memastikan keberkesanan
pengurusan zakat sama ada dari aspek agihan mahupun pungutan bersesuaian
dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã