KISAH SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB
Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya.  Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi  tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Sehari suntuk beliau tidak makan. Sedang ia hendak menyuap tamar yang ada di rumahnya itu tiba-tiba beliau teringat, "Tamar siapakah ini?". Isterinya Fatimah menerangkan bahawa tamar itu memang disimpankan untuknya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar orang memberi salam dan berkata;  "Saya orang miskin kelaparan, kerana Allah ..Ya Ali !!! berilah saya makanan".  Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.

Bila beliau menyuap untuk kali yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya  Ali....  saya anak yatim.  Kerana Allah berilah saya makan kerana saya sangat lapar".  Tidak jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu kepada budak tersebut.



 
Sedang beliau ingin menyuap untuk kali yang ketiga,  datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seorang yang merana, kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus diberinya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.

Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda  meraung menangis hingga gempar dan hairanlah orang melihatnya. Apabila ditanya kepada janda-janda itu?,  jawab mereka:

"Tumbanglah harapan kami,  putuslah pergantungan kami,  kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami"

Tegasnya dalam sulit,  tiada siapa yang tahu bahawa Ali telah menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana ingin menyenangkan orang lain. Inilah kemurniaan  Tasauf yang bergemilapan pada peribadi Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Wallahhualam.
 
 
 
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã