Umar
Bin Abdul Aziz muncul di persimpangan sejarah umat Islam di bawah kepemimpinan
dinasti Bani Umayyah. Pada penghujung abad pertama hijriyah, dinasti ini
memasuki usianya yang ke-60, atau 2/3 dari usianya, dan telah mengalami
kontroversi internal yang serius. Umar sendiri adalah sebahagian daripada
dinasti ini menghadapi dalam semua hal. Walaupun pada dasarnya beliau
seorang ulama yang telah menguasai seluruh ilmu ulama-ulama Madinah, tapi
secara peribadi beliau juga hidup di zaman gaya hidup dinasti
Bani Umayyah yang rasuah, mewah dan boros.
Itu membuatnya tidak mempunyai
keyakinan diri untuk memimpin ketika keluarga kerajaan memintanya menggantikan
posisi Abdul Malik Bin Marwan setelah beliau wafat. Bukan saja kerana
konflik internal kerajaan yang kompleks, tapi juga kerana beliau sendiri
merupakan sebahagian daripada persoalan konfliks tersebut.
Pemilihan Umar sebagai ketua kerajaan di pilih oleh keluarga Abdul Malik
Bin Marwan yang perlu ditanggung kerana Umar adalah tokoh yang paling
layak untuk posisi ini.
Akhirnya Umar menerima jawatan
ini, beliau mengatakan kepada seorang ulama yang duduk di sampingnya,
Al-Zuhri, “Aku benar-benar takut pada neraka.” Dan sebuah rangkaian cerita
kepahlawanan telah bermulai dari sini, dari ketakutan pada neraka, saat
beliau berumur 37 tahun, dan berakhir 2 tahun 5 bulan , atau ketika beliau
berumur 39 tahun, dengan sebuah slogan: Perubahan Keseluruhan Telah
Dilaksanakan, Keadilan Telah Ditegakkan Dan Kemakmuran Telah Diraih. Ulama-ulama
kita bahkan menyebut Umar Bin Abdul Aziz sebagai pembaharu abad pertama
hijriyah, bahkan juga disebut sebagai Khulafa` Rashidin kelima.
Mungkin indikator kemakmuran yang
ada ketika itu tidak akan berulang kembali, iaiitu ketika para amil zakat
berkeliling di perkampungan-perkampungan Afrika, tapi mereka tidak bertemu
seseorang pun yang mahu menerima zakat. Negara benar-benar mengalami lebihan
wang, bahkan sampai satu tahap dimana hutang-hutang peribadi dan biaya
pernikahan rakyat pun ditanggung oleh negara.
Bermula dari diri sendiri, keluarga
dan istana, Umar Bin Abdul Aziz menyedari bahawa beliau adalah sebahagian
dari masa lalu. Beliau tidak mungkin sanggup melakukan kebaikan dalam
kehidupan negara yang luas kecuali kalau beliau berani merubah dirinya
sendiri, kemudian melanjutkannya pada keluarga dalaman dan selanjutnya
pada keluarga istana yang lebih besar. Maka langkah pertama yang dilakukan
adalah membersihkan dirinya sendiri, keluarga dan istana kerajaan. Dengan
tekad itulah beliau memulai sebuah perubahan besar yang abadi dalam sejarah.
Selesai dilantik Umar segera memerintahkan
mengembalikan seluruh harta peribadinya, baik berupa wang mahupun barang,
harta negara, termasuk seluruh pakaianya yang mewah. Beliau juga menolak
tinggal di istana dan terus menetap di rumahnya. Pola hidupnya berubah
secara keseluruhan, dari seorang pencinta dunia menjadi seorang zuhud
yang hanya mencari kehidupan akhirat yang abadi. Sejak berkuasa beliau
tidak pernah lagi tidur siang, menikmatii makanan enak. Akibatnya, badan
yang tadinya padat berisi dan sasa berubah menjadi kurus dan ceking.
Setelah selesai dengan diri sendiri,
beliau melangkah kepada keluarga dalaman. Beliau memberikan dua pilihan
kepada isterinya, “Kembalikan seluruh perhiasan dan harta peribadimu
harta negara, atau kita harus bercerai.” Tapi isterinya, Fatimah Binti
Abdul Malik, memilih ikut bersama suaminya dalam kafilah perubahan tersebut.
Langkah itu juga beliau lakukan dengan anak-anaknya. Suatu saat anak-anaknya
memprotesnya kerana sejak beliau menjadi khalifah mereka tidak pernah
lagi menikmati makanan-makanan enak dan lazat yang mereka nikmati sebelumnya.
Lantas Umar terus menangis tersedu-sedu dan memberikan dua pilihan kepada
anak-anak, “Saya beri kamu makanan yang enak dan lazat tapi kamu harus
rela membenamkan saya ke neraka, atau kamu bersabar dengan makanan sederhana
ini dan kita akan masuk syurga bersama.”
Selanjutnya, Umar melangkah ke
istana dan keluarga istana. Beliau memerintahkan menjual seluruh barang-barang
mewah yang ada di istana dan mengembalikan wang itu kepada negara. Setelah
itu beliau mula mencabut semua fasiliti kemewahan yang selama ini diberikan
ke keluarga istana, satu persatu dan perlahan-lahan. Keluarga istana juga
melakukan protes keras tetapi Umar tetap tegar menghadapi mereka. Hingga
suatu saat, setelah gagalnya berbagai usaha keluarga istana menekan Umar,
mereka mengutus seorang pembantu perempuan Umar menghadapnya.
Umar sudah mengetahui rencana itu,
sejurus pembantu perempuan memasuki rumahnya. Umar pun segera memerintahkan
mengambil sebuah wang logam dan sekerat daging lalu kamu membakar
wang logam tersebut dan meletakkan daging yang dibawanya. Daging itu jelas
jadi “sate.” Umar lalu berkata kepada pembantu perempuan: “Apakah engkau
rela menyaksikan saya dibakar di neraka seperti daging ini hanya untuk
memuaskan keserakahan kamu semua? Berhentilah menekan atau merayu pada
saya, sebab saya tidak akan pernah mundur dari jalan perubahan ini.”
Langkah pembersihan diri, keluarga
dan istana ini telah meyakinkan rakyat akan kekuatan dan tekad beliau
untuk melakukan perubahan dalam kehidupan negara, khususnya dalam pembersihan
negara. Beliau telah telah menunjukkan tekadnya, dan memberikan keteladanan
yang begitu menakjubkan.
Gerakan Penghematan
Langkah kedua yang dilakukan Umar
Bin Abdul Aziz adalah penghematan keseluruhan dalam penyelenggaraan negara.
Langkah ini jauh lebih mudah dibandingkan dengan langkah pertama, kerana
pada dasarnya pemerintah telah menunjukkan kredibilitinya di hadapan rakyat
melalui langkah pertama tetapi impaknya sangat luas dalam menyelesaikan
krisis ekonomi yang terjadi ketika itu.
Sumber pemborosan dalam penyelenggaraan
negara biasanya terletak pada struktur negara yang tidak seimbang, birokrasi
yang panjang, pengurusan yang rumit dan disamping itu gaya hidup
keseluruhan dari para pegawai negara. Setelah secara peribadi beliau menunjukkan
tekad untuk membersihkan negara dan hidup sederhana, maka beliau pun mula
membersihkan struktur negara dari rasuah. Selanjutnya beliau melicinkan
struktur negara, memutuskan rantai birokrasi yang panjang, menyederhanakan
sistem pengurusan. Hasilnya dengan cara itu negara menjadi sangat efisien
dan efektif.
Agihan Semula Kekayaan Negara
Langkah ketiga adalah melakukan
agihan kekayaan negara secara adil. Dengan melakukan perubahan struktur
organisasi negara, penghapusan birokrasi, penyederhanaan sistem pengurusan,
pada dasarnya Umar telah menghemat belanja negara, dan pada waktu yang
sama, mensosialisasikan semangat berniaga dan keusahawanan di tengah masyarakat.
Dengan cara begitu Umar memperbesarkan sumber-sumber pendapatan negara
melalui zakat, pajak dan jizyah.
Dalam konsep agihan zakat, penetapan
lapan asnaf penerima zakat atau mustahiq, sesungguhnya mempunyai erti
bahawa zakat adalah bentuk subsidi langsung. Zakat mempunyai kesan yang
kuat kepada masyarakat yang berdaya beli rendah sehingga dengan meningkatnya
daya beli mereka dan secara langsung zakat membangkitkan rangsangan tumbuhnya
permintaan dan penawaran dari masyarakat kesan daripada pengeluaran wang
(zakat). Dengan meningkatnya keperihatinan masyarakat, maka produktiviti
juga akan ikut meningkat. Maka pola agihan zakat bukan hanya memberi impak
pada hilangnya kemiskinan tapi juga dapat menjadi faktor pemangkin bagi
pertumbuhan ekonomi di tingkat makro.
Itulah yang perubahan yang terjadi
di masa Umar Bin Abdul Aziz. Jumlah pembayar zakat terus meningkat, sementara
jumlah penerima zakat terus berkurang, bahkan sukar sekali ditemui. Para
amil zakat berkeliling di pelosok-pelosok Afrika untuk mengagihkan zakat,
tapi tak seorang pun yang mahu menerima zakat. Ertinya, para mustahiq
zakat benar-benar tiada pada zaman ini sehingga negara mengalami lebihan
wang zakat. Maka agihan semula kekayaan negara selanjutnya ditukarkan
kepada subsidi pembayaran hutang-hutang peribadi (swasta), dan subsidi
sosial dalam bentuk pembiayaan keperluanan dasar yang sebenarnya tidak
menjadi tanggungan negara, seperti biaya perkahwinan. Suatu saat akibat
lebihan wang, negara mengumumkan bahawa “Negara Akan Menanggung Seluruh
Biaya Pernikahan Bagi Setiap Pemuda Yang Hendak Menikah Di Usia Muda.”
Mengapa sejarah tak berulang?
Sejarah selalu hadir dihadapan
kita dengan peristiwa-peristiwa zaman lampau yang cenderung atau mirip
dengan yang berlaku sekarang. Manusia pada dasarnya memiliki kebebasan
yang luas untuk memilih tindakannya tetapi ia sama sekali tidak mempunyai
kekuatan untuk menentukan akibat dari tindakannya.
Itu sebabnya Allah Subhaanahu wa
ta’ala memerintahkan kita menyusuri jalan waktu sejarah, agar kita dapat
merumuskan peta sejarah manusia untuk menemukan kaedah-kaedah tetap yang
boleh mengatur dan mengendalikannya. Kaedah-kaedah zakat itu memiliki
landasan kebenaran yang kuat, kerana ia ditemukan melalui suatu proses
pembuktian masa yang panjang. Bukan itu sahaja, sesungguhnya kaedah-kaedah
zakat itu juga mengatur dan mengendalikan kehidupan kita. Dengan begitu
sejarah menjadi salah satu rujukan terpenting bagi kita untuk menjana
kehidupan kita saat ini dan esok.
Sejarah adalah cermin yang baik,
yang selalu mampu memberi kita inspirasi untuk menghadapi masa-masa sulit
dalam hidup kita. Seperti juga saat ini, ketika bangsa kita sedang menghadapi
krisis ekonomi yang rumit dan kompleks terasa begitu melelahkan. Ini mungkin
saat yang tepat untuk mencari sepotong masa dalam sejarah, dengan latar
persoalan-persoalan yang agak mirip dengan apa yang kita hadapi, atau
setidak-tidaknya pada sebahagian aspek.
Disediakan oleh :
Ustaz Noorzakry Bin Norjamal
Penolong Pengurus Dakwah
Bahagian Perhubungan Korporat &
Pemasaran
Pusat Zakat Melaka