MENANGIS TIADA PENGHUJUNG
Fitrah
manusia biasa hanya melihat kepada perkara- perkara keduniaan yang sementara
sahaja. Manakala kehidupan yang kekal dan abadi, diabaikan serta dianggap
remeh kepada umat manusia.
Pemikiran yang sempit telah lama
menghantui manusia sehingga perkara-perkara dunia ini dipisahkan dengan
kehidupan yang kekal dan abadi, Pelunasan hukum zakat dianggap membebankan
kepada sebilangan masyarakat Islam, sehingga tidak dapat dibezakan dengan
peraturan Dunia dan Akhirat, lebih menakutkan lagi ada yang akan berkata
"Siapa berusaha, merekalah yang layak mendapat kesenangan', sehingga tidak
terfikir oleh mereka bahawa rezeki itu datang dari Allah s.w.t. semata-
mata. Bagaimana nasib golongan asnaf, sekiranya semua berkata sedemikian.
Ingatlah bahawa keengkaran menunaikan
zakat telah dijanjikan oleh Allah s.w.t azab yang pedih sebagaimana firman
AllahNya dalam surah at Taubah; ayat 34-35 yang bermaksud
:
" Dan mereka yang menyimpan
emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan
zakat), maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih, pada hari mereka
dibakar di dalam Neraka Jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang
mereka hanya seraya dikatakan kepadanya inilah harta yang kamu simpan
selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu".
Sebagaimana insan biasa, marilah
kita bersama- sama bermujahadah diri agar menjadi insan yang mulia di
sisi Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya. Bagaimana pula dengan mereka yang berani menyekutukan
Allah serta bersikap hipokrit?. Belum terlambat untuk kita menangis tiada
penghujung, ... kerana Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Penyayang.
Disediakan Oleh :
En. Zuhri Iskandar bin A.Rahman
Pengurus Perhubungan Korporat
Bahagian Perhubungan Korporat &
Pemasaran
Pusat Zakat Melaka
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã