Ahmad telah membayar zakat sebanyak
RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan
resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat
arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai
Ahmad untuk tahun 2000.
Contoh 1 :
Cukai dikenakan bagi tahun
taksiran 2000
RM 3,000
Zakat yang telah dibayar
dalam tahun 2000
RM 2,500
------------------
Baki kepada LHDN
RM 500
------------------
Contoh 2:
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000
RM 2,500
Zakat yang telah dibayar
dalam tahun 2000
RM 2,500
------------------
Baki kepada LHDN
NIL
------------------
Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967
memperuntukan bahawa setiap pembayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat
rebet cukai pendapatan.
Untuk mendapatkan pengecualian tersebut,
perkara yang perlu dibuktikan ialah :
- Pembayaran dibuktikan dengan resit
yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.
- Zakat dibayar kepada amil-amil yang
diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.
Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan
2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000, maka
pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.
Terdapat 2 kaedah untuk mendapat
pelepasan cukai iaitu :
**resit zakat yang
telah dibayar hendaklah diserahkan kepada LHDN.
Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan
2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat
mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB)
secara serta merta.
Contoh 1 :
Bulan
Jun 2000
Zakat
: RM 55
----------------------
PCB
: RM 95
Anda
akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)
Contoh 2 :
Bulan
Feb 2000
Zakat
: RM 55
----------------------
PCB
: RM 50
Anda
tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.
**Majikan hendaklah
menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah
zakat yang telah dibayar.
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã