TAKRIF
 
DALIL
Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu.

(Surah At-Taubah: Ayat 34-35)
Emas dan perak adalah sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaanya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Adapun barang perhiasan selain dari emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya tidaklah wajib zakat ke atasnya.

Nisab Zakat Emas Yang Dipakai = 200 gram
Nisab Bagi Zakat Emas Yang Tidak Dipakai = 85 gram
KIRAAN ZAKAT EMAS
Emas yang tidak dipakai adalah emas yang langsung tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Sekiranya nilai emas yang tidak dipakai menyamai atau melebihi 85 gram emas semasa (nisab = 85 gram). Maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 % dan tiada 'uruf' didalamnya.
KIRAAN ZAKAT PERAK
Nisab Perak adalah 595 gram. Apabila timbangan perak yang dimiliki melebihi 595 gram maka zakat ke atasnya perlu dikeluarkan sebanyak 2.5 %.
 
 
 
  • Emas Yang Tidak Dipakai
  • Emas Yang Dipakai
Emas yang digunakan sama ada sebagai perhiasan atau dipakai adalah tertakluk kepada zakat sekiranya cukup nisab emas yang tidak dipakai (nisab = 200 gram) dan haulnya. Emas yang dipakai secara sekali sekala atau tempoh berterusan dalam tempoh setahun adalah wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata, berlian dan seumpamanya.
Formula Kiraan

Nilai emas semasa x (Jumlah berat emas - 200g) x 2.5%
 
 
 
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
Formula Kiraan

Nilai perak semasa x Jumlah berat perak x 2.5%
Formula Kiraan

Nilai emas semasa x Jumlah berat emas x 2.5%