DALIL
"Wahai orang-orang Yang beriman!belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang  baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu  sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu(kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)
Zakat yang dikeluarkan ke atas perlaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya
  • 2.5% nilai terendah saham - saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham.
  • Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, gunakan nilai di awal tahun atau di akhir tahun, mana yang lebih rendah.
  • Kalau tempoh pemilikan sesuatu saham tidak genap setahun, tetapi secara keseluruhan harta tersebut bertukar bentuk beberapa kali sepanjang tahun) dari saham ke wang tunai dan sebaliknya, maka gunakan nilai terendah campuran wang dan saham - saham tersebut sebagai asas mengira zakat di darab dengan 2.5%.
  • Bagi saham - saham yang perlu dimiliki oleh seseorang pelabur atau usahawan Muslim secara jangka panjang untuk menguasai sesebuah syarikat, maka bayaran zakat sahamnya wajarlah berasaskan perkiraan yang tidak menjejaskan kepentingan orang Islam untuk menguasai syarikat tersebut.

 
KIRAAN ZAKAT SAHAM
 
 
 
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã