"Wahai orang-orang
Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha
kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya
(lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri
tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu(kalau diberikan kepada
kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, Sesungguhnya
Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."
(Surah Al-Baqarah: Ayat
267)
Imbuhan atau perolehan yang diperolehi
oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama adapemberian
dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh
harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
Pendapatan penggajian merangkumi:-
- Gaji tahunan
- Tunggakan Gaji
- Pelbagai Elaun
- Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya
Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan)
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun
Contohnya
Jumlah pendapatan kasar setahun
: RM 35,000.00
Jumlah yang dikenakan zakat (2.5 %)
: RM 875.00
Bayaran bulanan RM 72.92 x 12 (875/12)
Menggunakan kaedah pendapatan bersih
(Dengan Tolakan) (Pendapatan Setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan
setahun) x 2.5 %.
Perbelanjaan yang dibenarkan
tolakan (setahun).
Diri
RM 8,000.00
Isteri
RM 5,000.00
Anak
RM 1,000.00 (seorang)
KWSP
11 % daripada pendapatan kasar pekerja
Sumbangan Ibu bapa
RM (jumlah yang diberi)
sebulan x 12 bulan
Caruman ke Organisasi yang membayar
zakat (contoh: Lembaga Tabung Haji, Takaful)
***Peringatan
Pendapatan dari sumber yang haram
seperti riba', perjudian, dan sebagainya hendaklah ditolak dari kiraan
pendapatan yang hendak dizakatkan. Pendapatan dari sumber ini hendaklah
diserahkan kepada Baitulmal.
Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
Rasullullah S.A.W bersabda
yang bermaksud :
"Tidak seorang pun
yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang haram kemudian
ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan
tidak bersedekah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak
pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesudah ia meninggal) melainkan
ia sebagai bekalannya ke Neraka."
(Hadis Riwayat Abu Daud)